UMRAH BERSAMA USTAZ HARRY.
Menjadi
tetamu Allah swt di Masjidil Haram adalah impian untuk setiap jiwa-jiwa yang
terdapat cahaya hidayah didalamnya, ianya merupakan satu ibadah yang menjadi
permintaan orang islam didalam setiap doa-doa mereka. Dan kami di UstazHarry
Umrah & Services bersedia untuk membantu anda dalam usaha merealisasikan
impian anda menjadi tetamu Allah swt di dua Masjid utama umat Islam iaitu
Masjid al-Haram di Mekah al-Mukarramah dan Masjid an-Nabawi di Madinah
al-Munawwarah.
Untuk pengetahuan anda, Ustaz Harry merupakan guru pembimbing Jemaah semasa di Malaysia hinggalah ke Mekah-Madinah. Beliau akan membimbing Jemaah daripada sekecil-kecil masalah ibadah hinggalah kepada sebesar-besar masalah ibadah umrah anda. Banyak program yang dirancangkan dan Alhamdulillah tidak pernah terbatal semasa berada di Mekah dan Madinah. Setiap program yang dirancang akan dibimbing sendiri oleh Ustaz Harry, bahkan beliau sering membawa Jemaah umrah ke tempat makan yang famous dan tempat beli belah yang murah sedangkan ianya tidak terdapat didalam program yang dirancang.
ITENARI
PERJALANAN PROGRAM.
Pihak
kami sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan, setiap
program yang dirancang telah diteliti dengan sebaiknya demi mengelakkan
kecelaruan atau apa-apa masalah. Kerana itulah, setiap program yang dijalankan
sepanjang di Mekah dan Madinah tidak pernah dibatalkan. Namun jika terdapat
masalah yang tidak dapat dielakkan oleh pihak pengurusan, maka akan terdapat
beberapa perubahan yang tidak akan menjejaskan program sepanjang umrah itu.
Kebiasaannya pada hari pertama,
semua ahli Jemaah akan diarah berkumpul dan lapor diri di Masjid KLIA untuk
taklimat sebelum penerbangan, persalinan pakaian memakai kain Ihram, penyerahan
passport & boarding pass dan
berlepas ke Jeddah. Biasanya rombongan akan berlepas tengah hari dalam jangkaan
jam 12.30 tengah hari. Jangkaan tiba di Airport
Jeddah ialah pada jam 9.05 malam waktu Saudi dan sebaik tiba di sana, Ustaz
Harry akan mengarahkan untuk urusan Imigresen dan pengambilan Bagasi. Selesai
sahaja urusan Imigresen dan Bagasi, rombongan umrah akan terus bertolak ke
Mekah dan dijangka tiba pada jam 11 malam. Sebaik tiba di Mekah, Ustaz Harry
akan memberikan sedikit taklimat mengenai check-in
bilik, makan malam, pengurusan diri dan seterusnya melaksanakan Umrah
Pertama yang akan dipimpin sendiri oleh beliau. Untuk pengetahuan anda, maksud
bimbingan dan panduan umrah oleh Ustaz Harry ini ialah bermaksud, beliau akan
turun bersama-sama anda dan melaksanakan umrah bersama anda. Beliau akan
membimbing anda dalam ibadah berniat ihram/umrah, tawaf, sai’e dan
tahallul/cukur rambut. Beliau akan membimbing anda daripada awal ibadah umrah
hinggalah anda selesai melaksanakan umrah anda.
Untuk pengetahuan anda, penginapan
Jemaah umrah di Mekah adalah Hotel Saraya Ajyad dan ianya Cuma 230 meter
daripada Masjidil Haram. Suara Azan dan suara Imam mengalunkan bacaan al-Quran
amatlah jelas daripada hotel tersebut. Bahkan, menara hijau Masjidil Haram
jelas kelihatan daripada luar kawasan hotel. Di Mekah, Jemaah umrah akan
menginap selama 7 hari 6 malam yang mana masa tersebut cukup untuk melakukan 3
kali umrah atau lebih dan juga lawatan ke tempat-tempat bersejarah di sekitar
Mekah.
Pada hari ketiga, kami menyediakan
Program Ziarah dan Miqat untuk Umrah kedua. Untuk program ziarah ini, kami akan
membawa anda melawat Jabal Thur, tempat Baginda Nabi Muhammad saw mengasingkan
diri daripada masyarakat jahiliyyah pada masa itu. Arafah, tempat umat Islam
menunaikan rukun wukuf pada musim haji dan Jabal Rahmah atau jolokannya sebagai
Bukit Percintaan kerana dikaitkan dengan pertemuan Nabi Adam as dengan
isterinya Hawa. Mudzlifah, tempat Jemaah haji bermalam dan Mina sebagai tempat
penginapan Jemaah haji dan tempat melontar jamrah. Ini adalah tempat yang akan
dilawati secara khusus pada hari ketiga.
Sebaik sahaja lawatan, Jemaah umrah akan dipimpin oleh Ustaz
Harry untuk melakukan miqat umrah kedua di Masjid Ja’ranah.
Masjid ini
merupakan tempat Baginda saw berniat umrah untuk kali ketiga selepas pulang
daripada perang Hunain. Masjid ini juga mempunyai satu telaga yang terpancar
hasil daripada pukulan tongkat Nabi saw dan telaga air ini jugalah yang
diludahi Nabi saw selepas mendapat tahu kaum Musyrikin telah meracuni telaga
ini. Namun pada masa ini, telaga ini telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi
untuk menghalang perkara-perkara syirik dan khurafat. Dalam program pada hari
ketiga ini, Jemaah umrah dinasihati untuk membawa kain Ihram bersih dan
telekung untuk sesiapa yang ingin mengerjakan umrah kedua. Umrah kedua juga
akan dibimbing secara terus oleh Ustaz Harryanto sendiri.
Pada hari keempat, kami menyediakan program ziarah ketempat
lain pula iaitu Ziarah sekitar Masjidil Haram termasuk tempat peristiwa kren
tumbang yang mengorbankan Jemaah haji pada tahun 2015, bangunan tempat Nabi saw
dilahirkan oleh Ibunya yang Mulia Siti Aminah ra yang kini dijadikan sebagai
Perpustakaan, Masjid Syarajah tempat Baginda saw memanggil sebatang pokok hidup
untuk mengucapkan syahadah sebagai bukti kekuasaan Allah swt, Masjid Jin tempat
Baginda Nabi saw berdakwah kepada kaum Jin dan perkuburan Ma’la iaitu
perkuburan yang menempatkan jenazah penduduk Mekah. Salah satu kubur di
Perkuburan Ma’la ialah milik Isteri Tercinta Baginda saw iaitu Saidatina Siti
Khadijah.
Pada hari kelima, biasanya akan jatuh pada hari Jumaat. Oleh
itu, semua ahli Jemaah umrah Ustaz HArry diwajibkan untuk bersiap dan menunaikan
solat Jumaat di Masjidil Haram. Kami amatlah menyarankan akan segala persiapan
dilakukan awal dan bergerak ke masjid lebih awal untuk mengelakkan kesesakan
dan masjid penuh. Untuk pengetahuan anda, kerajaan Arab Saudi cuti pada hari
ahad. Pada masa itulah semua rakyat Saudi daripada seluruh pelusuk Negara akan
berkumpul di Masjidil Haram untuk mengerjakan Umrah dan solat Jumaat secara
berjemaah. Sebab itulah kami menyarankan persiapan awal dan berada di masjid
lebih awal daripada biasa. Sejurus sahaja selesai solat Jumaat, tidak ada acara
khusus pada hari tersebut. Semua ahli Jemaah bebas melakukan aktiviti bebas.
Hari terakhir di Mekah jika mengikut
pakej kami ialah pada hari yang ketujuh. Aktiviti pada hari terakhir ini ialah
persiapan diri dan barang-barang serta beg selengkapnya pada sebelah malam
kerana keesokan harinya Jemaah umrah akan bertolak menuju ke Kota Nabawi. Ustaz
Harry akan memberikan taklimat mengenai perjalanan menuju ke Madinah dan
sedikit bimbingan dan panduan mengenai Tawaf Wada’ yang akan dilakukan esok.
Selain itu terdapat majlis Tahlil dan Doa Selamat pada sebelah malam di dewan
makan Jemaah. Biasanya makanan yang dihidangkan ialah Nasi Kabsha Kambing dan
kehadiran adalah wajib. Selain daripada aktiviti ini, anda bebas untuk
melakukan aktiviti masing-masing dan kebiasaannya Jemaah umrah akan
menghabiskan masa untuk membeli-belah di sekitar Mekah.
Hari kelapan merupakan hari yang diselitkan sedikit tangisan
kesedihan kerana bakal meninggalkan kota Mekah, Kota Kelahiran Nabi Muhammad
saw. Pada sebelah pagi, Jemaah akan berkumpul di lobi hotel untuk urusan check-out dan urusan beg. Selepas sahaja selesai Jemaah
akan bertolak ke Masjidil Haram untuk menunaikan Tawaf Wada’ atau Tawaf
Perpisahan. Masa ini selalunya akan dipenuhi dengan tangisan kerana perpisahan
dengan Rumah Allah yang terdapat Kiblat didalamnya. Selesai sahaja Tawaf Wada’
Jemaah akan berkumpul di hotel dan bersedia untuk bertolak menuju tetamu
Istimewa Rasulullah di Kota Madinah.
Perjalanan menuju ke Madinah dijangka akan sampai pada jam
6.00 petang. Di Madinah, Jemaah umrah akan check-in
di hotel Dar al-Naeem dan seterusnya
solat di Masjid Nabawi.
Jarak hotel dan Masjid hanya 100 meter sahaja. Pada
waktu malam pula, kami telah mengaturkan beberapa orang mutawwif untuk program
ziarah Maqam Rasulullah saw dan Raudhah. Kebiasaannya Jemaah lelaki akan
bertolak bersama Ustaz Harryanto untuk menziarah Maqam Rasulullah pada jam 9.30
malam manakala wanita pula akan masuk ke dalam Raudhah pada jam 9.00 malam di
iringi oleh mutawwif wanita di sana.
Memasuki hari yang kesembilan, Jemaah umrah dikehendaki
mengikuti program ziarah ke Masjid Quba, ziarah ladang Tamar Madinah, Maqam
Syuhada di Uhud, Masjid Qiblatain dan Masjid as-Sab’ah. Untuk program ini, para
Jemaah dinasihati untuk mengambil waudhuk sebelum bertolak untuk mengelakkan
kekalutan semasa lawatan nanti. Pada sebelah petang pula, Ustaz Harryanto akan
membimbing Jemaah umrah untuk program Suoq. Program ini sebenarnya ialah
program membeli belah yang akan dibawa khas oleh al-Fadhil Ustaz. Beliau akan
menunjukkan lokasi dan kawasan kedai-kedai murah dan banyak. Selain daripada
program ini, Jemaah bebas melakukan aktiviti masing-masing
Hari kesepuluh umrah bersama Ustaz Harry akan diadakan
program ziarah Perkuburan Baqi’. Program ini hanya untuk lelaki sahaja dan
Jemaah lelaki akan bergerak selepas subuh. Selepas sahaja aktiviti ini, Ustaz
akan memberikan sedikit taklimat mengenai perjalanan pulang ke Malaysia pada
keesokan hari. Selepas taklimat, Jemaah bebas dengan aktivi masing-masing.
Selesai sahaja semua urusan di hotel, Jemaah akan menaiki
bas untuk bertolak ke airport Madinah dan
dijangka akan berlepas pulang ke Malaysia pada jam 11.30 malam. Jangkaan tiba
di KLIA pada jam 1.35 petang waktu Malaysia pada hari ke duabelas. Jemaah umrah
dinasihati untuk membawa bekalan air bersih untuk kegunaan wudhuk didalam kapal
terbang kerana akan solat subuh di atas kapal terbang.
Sebagai penutup perkongsian ini, kami sertakan sebuah video khas untuk anda daripada luar Maqam Mulia Baginda Nabi Muhammad Rasulullah saw.
Travelog Umrah Bersama Ustaz Harryanto Rizal Rokman ini kami sertakan dengan sebuah video bacaan doa yang dipimpin sendiri oleh al-Fadhil Ustaz semasa kami mengerjakan Ziarah Wa'da keatas Rasulullah saw. Kami terpaksa berdoa sambil berjalan kerana dihalang berhenti untuk berdoa oleh pihak berkuasa Masjid Nabawi.
Sebagai penutup perkongsian ini, kami sertakan sebuah video khas untuk anda daripada luar Maqam Mulia Baginda Nabi Muhammad Rasulullah saw.




No comments:
Post a Comment